Siapa Kami?

Selamat datang ke ALADDIN ADVERTISING.Jadi siapalah kami?

  • Kami adalah "OUTLET ADVERTISING" atau perniagaan mempamerkan IKLAN yang terletak di salah satu tempat yang berkomersial dan strategik di pusat bandaraya KUCHING.
  • Lebuh India atau lebih dikenali sebagai INDIA STREET dan JALAN GAMBIER adalah dua pusat membeli belah yang berkembar adalah tempat yang mesti dilawati bila berkunjung ke BANDARAYA Kuching.
  • INDIA STREET terkenal dengan barisan kedai-kedai kain,kedai emas,kedai buku,restoran,kedai pinggan mangkuk,kedai money changer dan lain-lain.
  • GAMBIER STREET pula terkenal dengan barisan kedai runcit,kedai rempah ratus,juga kedai kain dan lain lain.
  • Di antara INDIA STREET dan GAMBIER STREET,wujud sebuah lorong yang sentiasa sibuk dengan laluan orang ramai yang menghubungi KEDUA-DUA LEBUH ini.Di lorong inilah terletaknya ruangan pengiklanan ALADDIN ADVERTISING yang berupa papan kenyataan bersaiz 18.2 kaki lebar dan 5 kaki tinggi.
  • Tidak jauh dari sini terletaknya MASJID INDIA, sebuah masjid yang terkenal dan tertua di Kuching yang diasaskan pada tahun 1834.

Bagaimana Kami beroperasi?

Kami beroperasi dengan mempamerkan iklan-iklan poster di PAPAN IKLAN kami yang berukuran 18.2 kaki lebar x 5 kaki tinggi.Saiz poster pula berukuran 14 inci lebar dan 19 inci tinggi.

Kepada semua pengiklan Aladdin Advertising,biodata/profile pernigaan mereka akan dimasukkan ke dalam blog kami http://aladdin-advertising.blogspot.com secara percuma.
Jadi ini adalah iklan 2+1.

Hubungi Kami

Aladddin Advertising
25 A,Gambier Road,
93000 Kuching,
Sarawak,Malaysia.
TEL:082-244700
FAX:082-421519
E-mail :aladdin_advertising@yahoo.com
Website: http://aladdin-advertising.blogspot.com/

Contact Person
Mohamed Rafiq
012-8876786
Mohamed Iskandar
012-8831971

GALERI GAMBAR ALADDIN ADVERTISING

Galeri Gambar Aladdin Advertising

ALADDIN ADVERTISING


DEFINASI PENGIKLANAN


Pengiklanan mempunyai definasi yang sangat luas...,bermula apabila kita memperkenalkan diri kepada seseorang,membuat logo sesuatu produk,memakai pakaian rasmi sesebuah syarikat,penjenamaan produk pakaian, menamakan sesesuatu produk seperti; resepi masakan yang baru,bangunan baru ,jambatan baru,jalanraya dan termasuk iklan-iklan yang biasa kita lihat di media eloktronik dan media percetakan.
Dua bidang yang mempraktikan iklan secara meluas ialah perniagaan dan sukan.

Iklan dalam bidang sukan adalah berkonsepkan perniagaan juga.Jadi iklan dan perniagaan adalah dua bidang yang berkait rapat.

ALADDIN dan LAMPU AJAIB

Aladdin dan Lampu Ajaibnya adalah satu cerita klasik yang mengisahkan seorang pemuda yang bernama Aladdin mendapat atau memperolehi segala yang dikehendaki atau dihajati melalui pertolongan Jin yang terdapat di dalam Lampu Ajaib yang dimiliki olehnya.
Dalam era moden kita boleh mengadaptasikan cerita klasik tersebut ke dalam perniagaan melalui bidang PENGIKLANAN.
Melihat cerita di atas,subjek terpenting adalah LAMPU AJAIB dan JIN kerana ia adalah IKLAN kepada cerita tersebut yang menjadikan ia menarik untuk dicerita untuk beratus tahun kepada segenap lapisan masyarakat,tak kira bangsa atau negara.
Sekarang bila disebut cerita Aladdin dengan LAMPU AJAIBnya siapa yang tidak tahu.